fbpx

Nak Tingkatkan Pelawat Ke Blog Sendiri. Boleh Cuba Kaedah Ini (Bahagian 1)

Spread the love

Fuh tajuk tak kalah! padahal blog bolehla.com ini pun tak sampai 10 artikel dah nak cerita macam mana nak tingkatkan pelawat ke blog sendiri kan…

Mungkin ini anggapan anda kan! takper, takper…relax dulu biar aku cerita sikit pengalaman aku berkenaan ini.

Kaedah ini sesuai untuk yang gunakan platform wordpress domain sendiri. Jika untuk blogspot atau wordpress percuma mungkin ada benda yang sama dan tak sama untuk bahagian teknikal.

Awal awal aku minta maaf jika ada terma terma yang sedikit advance dan susah korang nak faham serta tiada langkah langkah spesific dan secara detail. Korang google jerlah nanti erk

Aku pecahkan kepada 3 kategori bagaimana untuk tingkatkan pelawat ke blog sendiri :-

  1. pelawat melalui organic search
  2. Perkongsian
  3. Pemasaran berbayar
  4. Off Page SEO

Tingkatkan Pelawat Blog Sendiri Melalui Organic Reach

Organic Reach dari sudut pandang aku, ia adalah berdasarkan artikel yang di click melalui search engine seperti google, bing, yahoo dan lain lain.

Untuk mendapatkan Organic Reach melalui search engine kerja kerja teknikal seperti dibawah perlu dilakukan.

Jika artikel berada di top 10 google mudahlah untuk mendapat klik dari pembaca yang mencari sesuatu di search google.

  • Kemahiran teknikal
  1. Pemilihan nama domain – jika mempunyai nichie tertentu boleh lah pilih domain berdasarkan nichie berkenaan, sebagai contoh nak berkongsi berkenaan “tips Kurus” sebaiknya nama domain ada berkaitan dengan kurus. Jika tidak spesifikasi nichie tak kisah pun apa pun nama domain yang kita nak adalah tarik pelawat membaca artikel kita (ini berkait rapat dengan kata kunci, kedudukan organic artikel dan lain lain).
  2. Pemilihan hosting – Ini salah satu yang memainkan perkara penting. Pilihlah hosting yang tak selalu down atau yang mempunyai masalah kerana jika hosting yang bermasalah ini akan memberi kesan negatif pada blog anda.

Pada peringkat awal seperti saya memilih domain & hosting pada 1 tempat untuk memudahkan synchronise diantara domain & hosting.

Bagi Blog ini saya mengunakan perkhidmatan domain & hosting (shared Hosting dari namecheap), boleh bayar bulan bulan atau terus tahunan terpulang kepada kemampuan. Banyak penyedia lain seperti godaddy dan lain lain.

Pilih domain dibahagian anak panah
Untuk Hosting pilih shared hosting atau terpulang nak pilih yang mana

Dah selesai pembelian dan setup dalam platform wordpress. Langkah seterusnya install SSL, google jer fungsinya, yang aku tahu nak wujudkan https://bolehla.com (hyper text transfer protocol secure). Macam blog aku nie Salah satu sebab lain untuk menyatakan blog anda selamat.

Di namecheap SSL free dan boleh guna COMODO SSL tak silap rasanya valid untuk setahun. kalau tak silap lah…

Cara nak setup login ke cpanel hosting -> pilih namecheap SSL->follow instruction . Tak faham boleh tanya live chat dalam namecheap

So bila dah install dalam masa 24 hingga 48 jam status SSL akan aktif

Pemilihan tema untuk blog, sebaikanya pilihlah tema yang friendly SEO dan mobile responsive.

Banyak tema tema percuma dan berbayar. Seperti blog aku nie aku pilih yang percuma jer, biasalah yang percuma nie ada limit penggunaanya. boleh beli tema di themeforest ini favourite aku kalau beli tema tema web. Bayar sekali sahaja dan guna sampai bila bila.

pilih Appreance ->themes->add new (pilihlah yang mana korang suka)

Ini aku bagi 1 tips sebagai contoh aku suka layout blog oleh pemilik Firdaus Azizi. cara nya pergi di search google korang taip view source dan url web seperti ini view-source:https://firdausazizi.my/.

Akan keluar segala detail dari tema, plugin dan source code lain. Nak tahu tema apa yang diguna Control F dalam view source berkenaan dan taip themes, so tahulah tema apa yang dia guna so boleh cari dan beli tema berkenaan.

macam blog ini dia guna MTS blogging box

Selepas dah install tema untuk blog, selepas itu boleh lah menyusun atur

  • logo blog
  • favicon
  • sidebar
  • menu navigation
  • header
  • footer
  • privacy policy pages
  • about us pages
  • contact us page

Cara susun atur boleh sahaja rujuk mana mana blog. biasanya dalam tema dah ada documentation & sample blog, download jer dan susun atur ikut kesesuaian.

Pastikan tema tak terlalu berat dan bersesuai dengan hosting anda. Ia untuk pastikan loading blog tak terlalu berat.

Plugin Yang Biasa Aku Guna

AddFunc Head & Footer Code &Google Tag Manager for WordPress

  • Plugin ini untuk aku letakkan pixel code seperti google analytics. untuk lihat pixel code aktif boleh install Google Tag Assistant extension untuk google chrome
untuk pengguna google chrome
macam blog ini ada 3 pixel code . sila enable dan jika nampak dia senyum tu maknanya code yang dimasukkan adalah tepat

Akismet Anti-Spam

  • Biasanya plugin ini dah ada lepas install wordpress, activate kan plugin dan sign up. Ia percuma dan juga berbayar serendah USD5/bulan. Fungisnya untuk anti spam

AMP

  • AMP fungsinya adalah untuk pembaca boleh terus baca secara pantas tanpa loading berat. Banyak layout amp yang disediakan. macam aku ambil yang asas jer.
Jika lihat bertanda macam kilat tue dipanggil AMP atau Instant Article

Autoptimize,Fast Velocity Minify

  • Untuk optimize blog agar dapat speed yang terbaik, banyak dalam nie aku nak explain pun tak reti korang explore lah sendiri

Compress JPEG & PNG images

  • Plugin gambar panda ini aku guna untuk kecilkan gambar gambar yang aku upload kedalam blog agar blog lebih ringan. Ia percuma tetapi ada limit .

KN Mobile ShareBar

  • Share button untuk mobile dan berada dibahagian footer mobile mudah untuk pembaca lain kongsikan artikel anda di whatsapp, facebook atau twitter.

Mashshare Share Buttons

  • Share button ini bukan sekadar link url yang boleh di share. Ia juga boleh kita masukkan gambar, Tajuk & deskripsi. Ia membantu apabila artikel dah di share untuk mudah pengguna lihat headline artikel & gambar, bukan semata mata URL sahaja. Ia juga membantu untuk orang klik dan terus ke blog kita.
Ada bahagian untuk gambar, tajuk & deskripsi

Official Facebook Pixel

  • Plugin ini perlu disetup dibahagian ads manager facebook ->event manager -> partner intergration ->pilih wordpress. Fungsinya untuk tangkap data yang datang dari facebook ke blog anda. Kegunaan data ini boleh juga dijadikan custom audience, lookalike audience dan analisis traffic yang masuk ke blog anda.
Jika extension menunjukkan warna hijau dan tiada error bermakna pixel code facebook sudah aktif

Yoast SEO

  • plugin ini memang hebat dan ia boleh membantu untuk menunjukkan result penulisan artikel kita dari kata kunci yang digunakan, tajuk, description, inbound link, outbound link, patah perkataan yang digunakan. Serius ia berkait dengan artikel penulisan kita. Jangan plagiat (tiru bulat bulat penulisan, kena tendanglah dari google index atau blog tiada dalam carian google)
Ini adalah salah satu result pada salah satu artikel dalam blog ini. Insyaallah nanti ranking lah nie dalam 2 bulan. dapatlah traffic free dari pengguna google heheheh 🙂

Panjang kalau aku nak cerita bab ini, nanti aku sambung dibahagian 2 blog nie. Ini jerlah plugin2 penting yang aku takkan tinggal jika setup dalam blog, ecommerce atau website.

Ada lagi teknikal aspek yang aku sambung dalam bahagian 2 ..sampai sini dulu yer. Semoga artikel ini memberi manfaat pada anda !

KLIK SINI UNTUK SAMBUNGAN UNTUK POST INI

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *