fbpx

Nak Tingkatkan Pelawat Ke Blog Sendiri. Boleh Cuba Kaedah Ini (Bahagian 2)

Spread the love

Post yang kedua ini berkaitan dengan teknikal & penulisan. Jika baca dibahagian 1 nampak macam nak mengajar macam mana nak setup web kan…

Tapi itulah hakikatnya dari sudut teknikal cara untuk berada di top 10 google. Kerja kerja ini renyah dan perlukan sedikit masa untuk fokus.

Teknik & taktikal ini mungkin tidak sama cara orang lain mengukuhkan kedudukan artikel di google. Kaedah & cara ini adalah apa yang biasa aku lakukan.

Aku sambung balik berkenaan Yoast Seo. Ia berkait rapat dengan penulisan. Ada sesetengah orang mengatakan patah perkataan yang sesuai untuk ditulis adalah 300 patah perkataan, 500 patah perkataan, 700 patah perkataan, 1000 patah perkataan dan seterusnya.

Pada pendapat aku senangnya jika artikel berkenaan :-

  • Memberi manfaat pada pembaca
  • Pembaca dapat access dengan mudah dan laju
  • pembaca boleh stay lama membaca artikel itu & artikel lain
  • Pembaca boleh share artikel berkenaan
  • pembaca boleh tinggalkan komen

Jika pembaca artikel melakukan perkara perkara diatas ini maknanya penulisan itu memberi kesan pada pembaca & meningkatkan trust blog anda pada pembaca.

Kaedah perkataan yang biasa mendapat perhatian pembaca jika ia menyelesaikan masalah mereka seperti

  • Review
  • tips
  • kaedah
  • cara
  • bagaimana
  • petua
  • tempat
  • pengalaman
  • Dan banyak lagi

Ditambah pula dengan nombor yang digunakan serta kata kunci . Mungkin korang tak berapa jelas. Aku terangkan sikit

contoh :

[nombor] [perkataan] [kata kunci]

  • “13 petua tradisional untuk kuruskan badan”
  • “19 tips bercuti di Kuantan”
  • “9 cara cara untuk memilih insurans takaful”

Ditambah pula setiap point point berkenaan disertakan gambar. Jika mengikut kaedah ini pasti artikel penulisan tak kurang dari 500 patah perkataan.

Siap 1 artikel penulisan yang mengikut kehendak pembaca tanpa meniru bulat bulat artikel penulisan orang lain. Jika tulis sendiri no problem. Artifical Intelligent google pun dah cerdik berbanding dulu.

Wujudkan Inbound & Outbound Link

Setiap penulisan artikel cuba kaitkan artikel penulisan dengan artikel kita yang lain iaitu letakkan link url, itu dipanggil inbound link & cuba masukkan link blog web lain di artikel kita, itu dipanggil outbound link. Sebaiknya untuk outbound link carilah web web yang dipercayai oleh google atau yang terkenal.

Optimasi Gambar

Didalam satu artikel blog janggal rasanya tidak diletakkan gambar dan faktor lain menyebabkan pembaca bosan dengan artikel berkenaan.

Bagi optimasi gambar untuk SEO caranya boleh rename gambar berkenaan dengan keywords untuk artikel berkenaan.

Contohnya tajuk artikel blog berkenaan “10 cara untuk mula berniaga online” fokus keywords adalah berniaga online.

  • Rename gambar berkenaan dengan berniaga online. jika ada 5 gambar susun sahaja berniaga online 1, berniaga online 2, berniaga online 3 dan seterusnya.
  • Bila gambar dah diupload dan diletakkan dalam artikel edit gambar berkenaan yang ada dalam MEDIA dengan memasukkan tajuk artikel ALT Text dan deskripsi gambar berkenaan.
google bukan sahaja index artikel & keywords bahkan gambar juga.

Pendahuluan & Heading

Jika dibahagian gambar kita dah optimasi keywords, tajuk & description. Untuk pendahuluan penulisan cuba kaitkan dengan keywords berkenaan dalam perenggan pendahuluan & Pertama.

Contoh tajuk “10 cara untuk mula berniaga online” kaitkan ayat diatas seperti “Disaat ini ramai orang berlumba lumba nak berniaga online tetapi dalam masa yang sama berhabisan ribuan ringgit semata mata untuk berniaga online.

Untuk Heading H2, H3, H4 cuba kaitkan juga keywords berkenaan contohnya

” Berniaga Online Dengan Facebook” -h2

Secara keseluruhannya jika Pilihan keywords tepat, tajuk mempunyai keywords, dalam penulisan artikel mempunyai keywords yang diulang 2 hingga 4 kali dan gambar dioptimasi maka untuk berada di search engine adalah mudah. Cuma ambil masa untuk berada di ranking yang terbaik.

Install Extension Chrome SEO Quake

Fungsinya untuk kita audit artikel kita, lihat artikel yang di index, analisis teknikal berkenaan artikel kita dan banyak lagi fungsi lain

Banyak Informasi yang diberitahu tentang artikel & blog kita.
Bahagian Seo Quake untuk audit post kita. Meta keywords aku fokus pada artikel bukan main domain.
klik bahagian google index & dapat lihat artikel diblog kita yang di index

Cara lain yang kita boleh buat adalah dengan taip site:bolehlah.com atau masukkan link url website korang.

Dengan menggunakan Seo Quake kita dapat perbetulkan apa yang salah di blog kita.

COPYSCAPE

Gunakan copyscape untuk check artikel penulisan kita samada meniru penulisan orang lain atau tak.

Masukkan url artikel anda. Jika tiada result maknanya artikel itu adalah original

Serpfox

Serpfox ini fungsinya nak track kedudukan artikel kita berdasarkan keywords. Jangan cepat seronok jika tiba tiba kedudukan artikel blog kita meroket duduk di top 10 google. Pada peringkat ini ia dikenali sebagai “google dance” .

Kedudukan website berada dikedudukan tidak menentu, google tengah berusaha untuk meletakkan kewords artikel berkenaan ditempat yang sepatutnya.

masukkan url, keywords dan lain-lain
bila dah selesai akan ambil 24 hingga 48 jam untuk lihat kedudukan semasa artikel digoogle

Boleh digunakan sehingga 10 keywords untuk percuma. Jika banyak keywords dan nak track kedudukan artikel boleh langgan dengan serpfox

Apabila menggunakan YOAST SEO, SEO QUAKE, COPYSCAPE & SERPFOX maka makin jelas dan tahu apa yang perlu dilakukan sebaiknya untuk berada di search engine

Seterusnya gunakan sebanyak mungkin produk google untuk membantu artikel kita di index oleh google.

Google webmaster

Ini paling penting untuk kita gunakan, google webmaster adalah robot oleh google untuk kita index . Cara baru google webmaster combine dengan google tag manager. Cara lama old version google webmaster perlu download dan masukkan dalam public html dalam file manager. Tak tahu korang youtube jer.

Ada pihak mengatakan jika tak buat yang google webmaster ini nanti akan di index juga oleh google, ada pihak juga mengatakan jika masukkan google webmaster jatuh pula kedudukan web di google.

Tak menafikan pendapat ini, bagi aku senang sahaja mungkin lambat lah untuk google index. Mungkin juga artikel yang digunakan adalah plagiat atau tak mengikut Artifical Intelligent google.

blog ini baru dan tak banyak lagi google index

Google Analytics

Ini biasa semua web atau blog mesti guna ini. kita boleh analisis semua data orang yang klik masuk ke blog kita. Paling penting bagi aku berapa lama orang stay membaca & bounce rate.

Jika orang masuk tak sampai 10 saat dah keluar atau loading artikel terlalu lama. maka bounce rate akan naik serta memberi kesan pada kedudukan artikel kita di google. kadang kadang bukan silap kita pun…server macam haram jadah slow atau ada masalah huhuhuhu….

Antara produk lain google boleh digunakan google +, youtube, google my business dan lain lain.

Google Page Speed Insight

Aku fokus untuk berada di top 10 google berdasarkan keywords, so aku perlu pastikan blog ini mempunyai standard kelajuan yang ditetapkan google.

Pernah juga sebelum ini run adwords tetapi website berkenaan tak ikut standard google page speed terus google disapproved ads. jika dari sudut SEO jika tak ikut standard kelajuan google maka kedudukan artikel blog kita akan jauh berada dibelakang.

Untuk Desktop 99, untuk mobile 87 bagi aku ok lah, tetapi jika berada 0-49 hati hati ia akan memberi kesan pada blog anda.

Ping & Index di Pingfarm

Apabila artikel blog selesai ditulis, sudah masukkan google webmaster (google robot). maka seterusnya artikel berkenaan bolehlah di ping dalam web pingfarm.

Fungsi Ping adalah untuk memberitahu google untuk index artikel blog yang ditulis. Senang cerita nak kejutkan google suruh dia buat kerja.

Masukkan Url artikel dan klik “mass Ping”

Cukuplah kot, sebahagian kecil perkongsian untuk tingkatkan pelawat ke blog sendiri. Ada lagi perkara perkara yang aku tak masukkan.

Walau bagaimana pun kaedah ini hanya meliputi 30 % onpage Seo, Lagi 70% adalah offpage seo. Untuk berada di top 10 google juga ia mengambil masa oleh google untuk di index.

Perlukan kesabaran yang tinggi. Cara lain boleh share artikel korang di group berkaitan nichie, fanpage korang, twitter dan social media yang lain atau leburkan sedikit wang untuk buat facebook advertising, google advertising & bing advertising.

Melalui paid advertising sekurang kurangnya google index page korang atau pun artikel berkenaan memberi pulangan kewangan jika membuat paid advertising.

Semoga artikel ini memberi manfaat 🙂 🙂

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *