fbpx

Nak Jadi Penulis Blog! Apa Yang Bestnya….

Spread the love

Impian untuk menjadi seorang penulis blog ini dah hampir 10 tahun aku impikan, tapi tue lah asyik duk fikir …

  • nak tulis apa?
  • nak buat macam mana?
  • nak pilih nichie apa?
  • nak structure penulisan macam mana ?

Benda benda diatas inilah jadi penghalang untuk aku mula untuk jadi penulis blog. Satu lagi yang jadi penghalang adalah overload knowledge tentang online marketing.

Bagi teruskan juga untuk menulis dalam blog, aku just abaikan knowledge SEO yang ada ini. SEO yang bagus adalah abaikan SEO dan tulis sahaja berdasarkan apa yang aku nak tulis. So setel masalah….

Selepas bersembang dengan seorang sahabat marketer online semalam, sebenarnya untuk menulis ini tidak susah pun.

Apa yang perlu dilakukan adalah mula menulis dari sekarang ! samada penulisan itu jadi atau tak jadi, samada penulisan yang dibuat itu nampak kelakar, atau apa sahaja yang berlaku. Jawapannya menulis dan terus menulis.

Setuasinya macam aku sekarang baru nak mula menulis…aku percaya jika konsisten menulis di blog dengan kerap menulis penyampaian penulisan akan bertambah baik pada akan datang.

Aku faham nak dapatkan idea untuk menulis ini bukan senang tambahan pulak yang tiada skill menulis macam aku ini.

Mula jadi Penulis Blog berdasarkan pengalaman

Menulis blog berdasarkan pengalaman adalah paling mudah, semuanya datang dari pengalaman kita sendiri.

Tak perlu pun cipta satu pengalaman yang mahal atau terlalu unik untuk mula menulis.

Sebagai contoh pengalaman yang kita boleh mula menulis seperti :-

  • Pertama kali shopping di Lazada, shopee atau shopping online pengalaman kita semuanya berbeza beza
  • pengalaman bercuti ditepi pantai minggu lepas ker
  • Tips saya amalkan untuk tidak lapar waktu malam

Atau apa sahaja yang kita rasa sesuai untuk menulis dan dimasukkan kedalam blog. Sebenarnya yang jadi penghalang bukanlah dari sudut teknikal, sebenarnya adalah dari diri sendiri.

Jangan Pandang Enteng Sebagai Penulis Blog

Dalam waktu sekarang ini dengan kepesatan teknologi ramai menggunakan internet untuk buat macam macam perkara seperti membeli online, belajar online, mencari informasi berita dan lain-lain.

Untuk permulaan sebagai gaya hidup seorang penulis blog  ia tidak boleh dijadikan sumber pendapatan utama.

Dalam peringkat awal sebagai seorang penulis blog boleh dilakukan sebagai part time atau hobi sahaja untuk berkongsi di dunia maya ini

Tetapi jika menulis secara konsisten bertahun tahun dan dalam masa yang sama pelawat ke blog kita semakin meningkat banyak income yang boleh kita dapat dari menulis blog, antaranya ialah :-

  • Syarikat pengeluar produk meminta untuk review produk mereka dan bayaran bergantung kepada tahap traffic, trust, blog dikenali ramai dan lain. Jangan terkejut jika bayaran diterima sehingga puluhan ribu USD
  • Pendapatan dari pengiklanan google adsense iaitu banner yang diletakkan pada blog kita. Pendapatan melalui ini sahaja boleh mencapai ribuan USD setiap bulan. Jika dapat income USD1K tiap tiap bulan pun dah seronok. Pendapatan berkenaan boleh cipta pengalaman baru atau menambahbaik blog kita sendiri.
  • Pendapatan dengan menjual produk sendiri secarass soft selling.
  • pendapatan dari pengalaman menggunakan produk. anda boleh pilih pelbagai produk yang tersedia disini untuk mula menulis.

Didalam Involve Asia banyak penulis blog membuat pendapatan disini dengan review produk-produk, perkhidmatan, aplikasi dan web web tertentu serta dibayar berdasarkan terma terma yang ditetapkan.

Sebagai contoh artikel review yang boleh ditulis dan menjana pendapatan dalam involveAsia ini. ” Minggu lepas beli kasut online atau dikedai tomaz”

so dari pengalaman biasa ini jika ditulis dalam blog pun jika pengguna internet search di google “review kasut tomaz” dan blog kita diklik serta mereka membaca dan klik link url affiliate serta membeli secara online di tomaz kita akan dapat komisyen kita.

Salah satu income yang saya buat dengan involve asia pada tahun 2017 register uber driver dan dibayar sehingga RM150 jika driver sign up dibawah saya. ok tak?

Mesti kita pernah terjumpa didalam blog The Vocket yang ayatnya lebih kurang seperti ini ” 11 barang yang anda boleh beli dilazada sempena promosi hari raya”. Ini adalah salah satu income mereka dapat daripada penyedia pengiklanan seperti Involve Asia.

Tidak dinafikan The Vocket boleh capai pendapatan hingga puluhan ribu ringgit setiap bulan kerana setiap hari beribu mungkin puluhan ribu traffic masuk ke blog mereka.

Bayangkan artikel blog yang kita tulis berada di top 10 google bila dicari pengguna google – SEO (baca sini jika tak tahu apa itu SEO) bukan setakat itu sahaja nama blog kita telah menjadi buah mulut orang.

So jika sudah sampai ditahap ini boleh siap siap kemas untuk berhenti kerja dan bersenang lenang dengan hartanah maya ini. seronokkan ? janji ada internet & laptop sudah memadai.

Beberapa minggu lepas terkejut juga dengan seorang blogger ini, Cik Epal baca sini dengan menulis blog dan menjana pendapatan dari blog sahaja berjaya beli cash Mustang. fuh ! ingat cikai ka penulis blog. Tak mustahil sebab umur blog dia ini pun dari tahun 2008 tak silapnya.

So, jika nak menjadi penulis blog terus lakukan sekarang jangan tanguh tanguh lagi. tak perlu tunggu duit banyak untuk mula menulis, tak perlu masa dan tempat sesuai untuk menulis.

Di malaysia ini ramai penulis secara senyap senyap buat pendapatan ribu ribu dengan hanya menulis blog dan kehidupannya santai santai serta travel merata tempat dan dijadikan bahan untuk menulis.

Berkebolehan menulis didalam bahasa inggeris adalah salah satu bonus besar, ia bukan sahaja menjadi rujukan dinegara sendiri bahkan menjadi rujukan internet diseluruh dunia. lagi lah wow!!

jika boleh tulis dalam bahasa inggeris tulis lah salah satunya “tips bercuti dimalaysia”. serius ramai bag packer pelancong luar nak tahu lebih banyak mengenai malaysia didalam bahasa inggeris.

Semoga artikel ini menjadi pemecah kebuntuan korang untuk menjadi penulis blog dan semoga artikel ini memberi sedikit idea untuk korang untuk mula menulis.

Korang doakan lah aku untuk jadi seorang penulis blog tegar. jika tak jadi pendapatan pun aku tak kisah asalkan dapat berkongsi dengan pengguna internet lain apa sahaja yang aku tahu.

aku dah tak tahu nak tulis apa so aku stop sini dulu erk .

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *